Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

26 November 2013

Krik..krik..krik..krikk



Assalamualaina wa ala ibadilla his shalihin~

Haa sunat kalau masuk rumah kosong bagi salam kan, tapi kalau masuk belog yang tak berpenghuni pon boleh la kan.. Bila ditenung-tenung belog ni, rupa-rupanya baru ada satu post untuk tahun 2013?? Dasat naa tuan punye belog neh, busy ngalahkan retis..XD But the fact is golongan separuh pelajar ni memang busy la.. Mana nak kerja lagi mana nak writing thesis lagi! (walaupun kerja menganggur kat rumah lagi banyak dari kerja lol..) 

Tup tap tup tap.. Now we're at the end of year 2013. Many things happened through this year and too long to be shared here.. Walaupun target untuk berconvo tahun ni terpaksa di forward ke tahun depan (Insya Allah) namun, yakinlah bahawa mesti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha mengetahui yang menentukan segala-galanya.







SubhanAllah Wabihamdihi SubhanAllah hil A'zim...



Ilalliqa'~ ^^


(p/s: Bab kahwin semakin rancak berkumandang! *sighh*)

24 January 2013

= Law Kana Bainanal Habib =




Assalamualaikum~






Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ). Pengorbanan dan kasih Baginda pada umatnya tak akan hilang sepanjang zaman. Sempena kedatangan 12 Rabiul Awwal 1434H, kita muhasabah dan kenali lebih dekat sejarah hidup perjuangan dan pengorbanan Rasulullah ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ). Banyakkan mengingati dan selawat ke atas Baginda  ( اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد )
*peringatan untuk diri sendiri (-_-)*


Law Kana Bainanal Habib - Andainya Kekasih Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami.

Sebak bila dengar dan menghayati lirik2 nya. Betapa lalai dan alpa kita sebagai umat Nabi Muhammad ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ) yang hingga akhir nafas, Baginda masih bimbang dan kasih akan umat Baginda. Ummati...Ummati...Ummati... (T_T)








Lirik Lagu Law Kana Bainanal Habib

Andai Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada di kalangan kami : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai yang diutuskan membawa rahmat kepada seluruh alam : يا رحمة للعالمين










Aku cinta Kekasih-Mu (Muhammad) Ya Allah..
Aku rindu Kekasih-Mu (Muhammad) Ya Allah..
Law Kana Bainanal Habib.......




08 October 2011

= Buka mata hati =











Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan..
Ambillah waktu untuk berd0a, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan..
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati..
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju SYURGA....









09 August 2011

= Sabar =




Salam~



Sedikit kisah sampingan manusia paling sabar~



Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Justeru, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita. Ingatkan sahabat yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."



DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)



DOA 2
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)




Ya Allah, banyak nya kuat nya dugaan dari Mu... Hanya satu yang ku pinta, kuatkan semangat hamba Mu ini dan tingkatkan kesabaran hamba Mu ini...


Ilalliqa'~


04 August 2011

= Pengisian =



Salam~


Ragam manusia:-

Bulan puasa baru nak rajin baca Quran : Sekurang-kurangnya dalam setahun ada jugak masa sebulan kita rajin baca Quran

Bulan puasa baru rajin nak pergi masjid : Sekurang-kurangnya dalam setahun ada jugak masa sebulan kita rajin solat kat masjid

Bulan puasa baru nak bersedekah : Sekurang-kurangnya dalam setahun ada jugak masa sebulan kita bersedekah





Dalam banyak2 sekurang-kurangnya tu, ia tetap amalan yang dikira dan dicatat untuk saham hari es0k. Kalau kita tak boleh nak buat semua tu 24 jam sehari, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun, sekurang-kurangnya kita buat yang terbaik dan sehabis baik jadi yang terbaik pada sebulan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.



Selamat berbuka~




Ilalliqa'~



p/s: bulan puasa sepatutnya keje boleh balik awal kan2?! -_-"



31 July 2011

= Ramadhan al-Mubarak =




Salam~




“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” 



Ramadhan al-Mubarak...
Kedatangan nya dinanti dan dirai~






Sem0ga diberikan kekuatan untuk kita semua memperoleh sebanyak mungkin keberkatan dan kebaikan di bulan mulia ini..



Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud: 

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan  ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak  berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”   
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai) 




ilalliqa'~ 



13 June 2011

# sekadar di pinggiran #




Salam~



any0ng~ ^^



salah se0rang sahabat yang mengetahui kisah 'nya' telah menunjukkan lagu ini... yang penting LIRIK! sangat bermakna HANYA buat mereka yang menghargai dan mengerti SEBUAH PERSAHABATAN....

i'm just sharing and f0r fun~ 0r is it as a reminder??! depend~ ^^,







Akhir Persahabatan – Afgan Syah Reza




Ambillah kekasihku
Bila itu yang kau mau
Namun mulai saat ini
Aku tak ingin mengenalmu lagi

Segitu berartikah
Kekasihku di matamu
Hingga kau lupa siapa aku
Aku sahabatmu yang selalu mempercayaimu

Aku terluka sungguh terluka
Tak percaya teganya engkau merebut kekasihku
Aku terluka sungguh terluka
Tak percaya semurah itukah arti persahabatan kita

Inilah akhir persahabatan
Semoga kalian bahagia
Aku terluka sungguh terluka
Tak percaya serendah itukah aku dihargai


Aku terluka sungguh terluka
Tak percaya semurah itukah arti persahabatan kita


Tak percaya …
Tetapi inilah akhir persahabatan kita



sharing is caring~ s0 sila klik dan tinjau2 di sini sahabat2 ku sayang...anda pasti setuju! pasti!! hihi.. ^^,




ilalliqa'~ ^^




p/s: pengalaman jadikan tauladan bekalan hari es0k~ peace! X)





16 February 2011

# putus~



salam~ ^^


any0ng~ ^^



bila sesuatu perkara memerlukan keputusan, susahkan nak putuskannya.. banyak benda yang perlu di fikirkan, timbang sane sini, what is g0od and what is n0t. tapi memang xdapat lari dalam hidup mesti ade keputusan!
s0, putuskan ape yang perlu diputus! *jgn salah putus,nnti bercerai berai.. eh!itu putus lain~*XD



p0h0nlah petunjuk HANYA dari DIA..daripadaNya ia datang dan kepadaNya jugelah ia kembali~ 




ilalliqaa'~ ^^





p/s: selamat memutus kepada saya dan mereka2 yg perlukan keputusan~ =)






11 January 2011

# f0r my future husband~



salam~ ^^




semua 0rang mengimpikan yang indah2~ m0ge yang indah2 itu sentiasa berdamping nga kite..sumber di bawah c0py paste dari sini...




Original Reply : Surat Dari Future Wife(s)


Wahai my ONLY future husband. 

Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" 
You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?

Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?

Dear ONLY you.

Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.

You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?

Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh.

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."




hanya mem0h0n dan berd0a kepada Nya untuk mengecapi segala keINDAHan dalam hidup..aminn~





ilalliqa'~ ^^







20 October 2010

# maaf, salah p0st...



Salam~ ^^




MAAF?? ape maksud sebenar kata2 maaf? maaf perkataan yang membawa maksud rendah diri...maaf sering kali juga dilafazkan jika kita melakukan kesalahan...namun sering kali manusia sukar untuk melafazkan perkataan maaf ini walaupun hanya sesingkat ayat...



Seringkali kita terdengar pepatah berkata, lagikan nabi ampunkan umatnya, apatah lagi kita manusia biasa..

Tapi kenapa kita @ lebih tepat saya sendiri sebagai manusia biasa susah nt0k betul2 memaafkan...bkn niat nt0k tr0s menyimpan perasaan amarah, kerana ia hanya memakan diri..perasaan marah, benci dan dendam hanya akan menjauhkan diri dari KeberkatanNYA, KeredaanNYA, Kasih sayangNYA, KurniaanNYA & RezekiNYA.

Tidak!! saya mahupun kita semua xnak termasuk dalam kalangan 0rg2 tersebut..saya akan tetap berDOA kepadaNYA agar dibukakan pintu hati nt0k memaafkan semua 0rg.. serta semua 0rg memaafkanku atas kesalahan & kekhilafan yg telah berlaku..saya ingin jadi 0rg yg bersih dari n0da2 hitam di hati~insyaAllah...^^,



Mari kita sama2 renung2 kan & slamat beramal......^.^


Rasulullah bersabda maksudnya:

*Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.* (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.


Firman-NYA bermaksud:

*Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.* (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka akan timbullah segala penyakit hati.



"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim".(40)
Surah Asy.Syura.



"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah".(123)



"Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun".(124)
Surah An.Nisak.




Wallahua'lam~^^


p/s: cuti bersalin 90 hari, t0tal anak 4 0r cuti bersalin 60 hari, t0tal anak 5, mne 1 pilihan anda?