Assalamualaikum~
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ). Pengorbanan dan kasih Baginda pada umatnya tak akan hilang sepanjang zaman. Sempena kedatangan 12 Rabiul Awwal 1434H, kita muhasabah dan kenali lebih dekat sejarah hidup perjuangan dan pengorbanan Rasulullah ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ). Banyakkan mengingati dan selawat ke atas Baginda ( اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد ).
*peringatan untuk diri sendiri (-_-)*
Law Kana Bainanal Habib - Andainya Kekasih Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami.
Sebak bila dengar dan menghayati lirik2 nya. Betapa lalai dan alpa kita sebagai umat Nabi Muhammad ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ) yang hingga akhir nafas, Baginda masih bimbang dan kasih akan umat Baginda. Ummati...Ummati...Ummati... (T_T)
Lirik Lagu Law Kana Bainanal Habib
Andai Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada di kalangan kami : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai yang diutuskan membawa rahmat kepada seluruh alam : يا رحمة للعالمين
Aku cinta Kekasih-Mu (Muhammad) Ya Allah..
Aku rindu Kekasih-Mu (Muhammad) Ya Allah..
Law Kana Bainanal Habib.......


