23 August 2011

= hati yang sayu =




Pada suatu pagi, dalam perjalanan ke tempat kerja...

Hati tiba2 dihiris sayu dan pilu terdengarkan lagu 'Air Mata Syawal dendangan Siti Nurhaliza' di c0r0ng radi0~

Bukan saje2 nak t0uching lebei! 

Tapi rindu mengenangkan ma dan abah di perantauan...:(

M0ga mereka selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik~






p/s: sekarang da terbalek,parent plak yg d0k perantauan~anak2 tunggu kat umah..s0b3




15 August 2011

= Cepatnye masa berdetik =




Salam~


Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari yang ke 15 Ramadhan.. Banyak entri yang nak p0st tapi semua tertunda sebab macam2 keje ade dan hari2 ku di bulan puasa ni sungguh amat lah bizi~..penat2~

Sedikit santapan mata sempena bulan puasa ni, apple pie! baru buat 2 kali,1st trial n 2nd trial.. kali pertama byk la jugak yang kene improve, 2nd time 0k cket k0t~ walaup0n indah kabar dari rupe...huhu... Tapi percaya lah! sedap!      ^-^





n0 k0men~



saiz macam2 r0pe ade..



bur0k p0n nak letak jugak! XD



Kalau buat untuk m0reh lepas tarawih p0n best! Link untuk resepi apple pie boleh klik sini dan sini...


Selamat mencuba~





Ilalliqa'~




09 August 2011

= Sabar =




Salam~



Sedikit kisah sampingan manusia paling sabar~



Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Justeru, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita. Ingatkan sahabat yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."



DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)



DOA 2
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)




Ya Allah, banyak nya kuat nya dugaan dari Mu... Hanya satu yang ku pinta, kuatkan semangat hamba Mu ini dan tingkatkan kesabaran hamba Mu ini...


Ilalliqa'~


04 August 2011

= Pengisian =



Salam~


Ragam manusia:-

Bulan puasa baru nak rajin baca Quran : Sekurang-kurangnya dalam setahun ada jugak masa sebulan kita rajin baca Quran

Bulan puasa baru rajin nak pergi masjid : Sekurang-kurangnya dalam setahun ada jugak masa sebulan kita rajin solat kat masjid

Bulan puasa baru nak bersedekah : Sekurang-kurangnya dalam setahun ada jugak masa sebulan kita bersedekah





Dalam banyak2 sekurang-kurangnya tu, ia tetap amalan yang dikira dan dicatat untuk saham hari es0k. Kalau kita tak boleh nak buat semua tu 24 jam sehari, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun, sekurang-kurangnya kita buat yang terbaik dan sehabis baik jadi yang terbaik pada sebulan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.



Selamat berbuka~




Ilalliqa'~



p/s: bulan puasa sepatutnya keje boleh balik awal kan2?! -_-"