14 December 2012

= Penghulu segala hari =



Assalamualaikum~ ^^






Jumuah mubarakah. Hari Jumaat yang penuh barakah, penghulu segala hari. Jumaat jugak weekend bagi orang2 belah pantai timur, bertuahkan! Kenapa bertuah?? Belah pantai barat, selatan, utara pon ada weekend jugak kan?? Jom kongsi sikit....^^,

Banyak amalan khusus disunatkan untuk hari Jumaat yang boleh  kita amalkan. Selain sunat membaca surah Yassin pada malam Jumaat, kita juga disunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam atau sepanjang hari Jumaat tersebut. Ini antara amalan junjungan Nabi kita Rasulullah sallallahu alayhi wasallam. Besar syafaat yang akan kita dapat bila mengamalkan surah al-Kahfi tau.




= Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.” (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri) =

= Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang, dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un, penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.” =

= Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir) =

= Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Riwayat Ahmad) =

= Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah) =

= Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai) =



Masya Allah~ Besar sungguh 'hadiah' yang dijanjikan Allah subhanahu wa ta'ala kepada hambaNya hanya dengan membaca surah al-Kahfi. Walau di mana pun kita berada, tak ada alasan dan tak ada sebab untuk kita tidak mengejar bekalan untuk kesenangan hari esok. Ruginya kalau kita tahu 'hadiah' yang dijanjikan ni tapi masih tidak mampu laksanakannya. Yuk! sama2 kita amalkan. Kalau xmampu nak baca semua, kita mula lah dengan baca 2, 3 page dulu, jangan ditinggalkan semua terus. Surah al-Kahfi xpanjang sangat pun, ada 110 ayat je. Selamat beramal~ ^__^


Wallahu a'lam bishawab....



Ilalliqa'~ ^^





09 December 2012

= Transformation =





I just thinking to transform this blog into something that can give benefits to me and others. I think i should change the theme of this blog. Daripada blog ni dibiarkan xterbela, lebih baik rasanya ia ditukar menjadi sesuatu yang akan menjadi kegilaan tuan nya. kan3. Just wait and see what its going to be yaa~ >,<





17 October 2012

= Mari bercinta =



Salam~ ^^


*Hampir setengah jam termenung nak taip pembuka bicara, nah taip je apa yang terlintas* Banyak yang nak dikongsikan tapi susah bebenor jejari manis ni nak menari-nari atas papan kekunci. Kaku! 
Mari bercinta! ^^, 
I've found what I'm seeking for and I found HIM! Cinta Dia super hebat yang membahagiakan.^____^ Dia yang sebenar-benar Maha Mendengar, Maha Menyayangi, Maha Mengasihani, Maha Mengampuni hamba-hambaNya. Alangkah rugi masa-masa yang berlalu lalai dari memikirkan Dia. (-_-')

"Walau diri seringkali alpa..
  Walau dibeban segunung dosa..
Walau jauh dari rahmatNya..
Allah tidak lupakan kita.."

-Langit Ilahi~ Hilal Asyraf-

Celik mata celik hati, pasti temui haluan yang Dia redhai. Masa sentiasa berlalu pergi pastikan ia tidak berlalu kosong, tapi ia pergi dengan meninggalkan sesuatu yang pasti berguna untuk kita pelajari. Tanamkan dalam hati, 'aku bukan terbaik tapi aku ingin jadi lebih baik'. Jom kenali diri untuk baiki diri jadi insan terbaik di mata Allah dan manusia. InsyaAllah.. Ameenn..^^



Ilalliqa'~ ^^






15 October 2012

= Janggal =



Salam~ ^^



Errrrrrr... Hai kawan2 belogger.. Janggal! Yea ganjil sekali perasaan bila nak mula menulis entri ni. Hampir setahun juga tak sentuh belog terbiar ni, banyak butang2 baru yang asing kelihatan di sini. Kenapa tiba2 buka belog ni?? Hati berkata, bila rasa kurang enak dengan dunia sosial terutamanya facebooking, kita perlu mencari kedamaian sendiri lari dari alam maya yang penuh penipuan itu. Ya penuh PENIPUAN dan HIPOKRIT manusia..*macam kecewa kan.XP* 



Ilalliqa'~ ^^




p/s: Mencari damai dengan DIA adalah kedamaian yang paling nikmat..