26 November 2013

Krik..krik..krik..krikk



Assalamualaina wa ala ibadilla his shalihin~

Haa sunat kalau masuk rumah kosong bagi salam kan, tapi kalau masuk belog yang tak berpenghuni pon boleh la kan.. Bila ditenung-tenung belog ni, rupa-rupanya baru ada satu post untuk tahun 2013?? Dasat naa tuan punye belog neh, busy ngalahkan retis..XD But the fact is golongan separuh pelajar ni memang busy la.. Mana nak kerja lagi mana nak writing thesis lagi! (walaupun kerja menganggur kat rumah lagi banyak dari kerja lol..) 

Tup tap tup tap.. Now we're at the end of year 2013. Many things happened through this year and too long to be shared here.. Walaupun target untuk berconvo tahun ni terpaksa di forward ke tahun depan (Insya Allah) namun, yakinlah bahawa mesti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha mengetahui yang menentukan segala-galanya.







SubhanAllah Wabihamdihi SubhanAllah hil A'zim...



Ilalliqa'~ ^^


(p/s: Bab kahwin semakin rancak berkumandang! *sighh*)

24 January 2013

= Law Kana Bainanal Habib =




Assalamualaikum~






Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ). Pengorbanan dan kasih Baginda pada umatnya tak akan hilang sepanjang zaman. Sempena kedatangan 12 Rabiul Awwal 1434H, kita muhasabah dan kenali lebih dekat sejarah hidup perjuangan dan pengorbanan Rasulullah ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ). Banyakkan mengingati dan selawat ke atas Baginda  ( اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد )
*peringatan untuk diri sendiri (-_-)*


Law Kana Bainanal Habib - Andainya Kekasih Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami.

Sebak bila dengar dan menghayati lirik2 nya. Betapa lalai dan alpa kita sebagai umat Nabi Muhammad ( صَلَّى اللهُ عَلَى وسلم ) yang hingga akhir nafas, Baginda masih bimbang dan kasih akan umat Baginda. Ummati...Ummati...Ummati... (T_T)








Lirik Lagu Law Kana Bainanal Habib

Andai Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada di kalangan kami : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai yang diutuskan membawa rahmat kepada seluruh alam : يا رحمة للعالمين










Aku cinta Kekasih-Mu (Muhammad) Ya Allah..
Aku rindu Kekasih-Mu (Muhammad) Ya Allah..
Law Kana Bainanal Habib.......